Langkau ke kandungan utama

Ho Chi Minh City Part 3

4 September 2017
Isnin

Selesai solat subuh kami bersarapan pagi di Restaurant Halal Amin yang tidak jauh dari hotel kami menginap.


Kami dijamu dengan makanan popular di Vietnam iaitu pho sejenis bihun sup daging.


Selesai makan, kami terus ke Benh Tanh Market untuk mengukur baju dan seluar. Kami terus menuju ke kedai tempahan blazer dan seluar. Harga bagi sepasang suits adalah RM250. Mr.D hanya tempah sehelai seluar yang berharga RM80 setelah tawar menawar.






Depan kedai ni ada kedai kasut pulak...depa pakat beli aku pun sama weiii...parokkk


Selesai membuat tempahan di Benh Tanh kami terus naik bas mini menuju ke destinasi berikutnya iaitu Sungai Mekong. Perjanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari bandar Ho Chi Minh. Kami singgah di restaurant muslim Mohamad Amin untuk makan dan solat jamak.


Menu makan tengahari kami agak sedap, udang masak blackpaper, sup ayam, gulai ikan dan telur dadar. yummy! Oh ya, sup depa agak pelik sikit sebab letak daun bawang tapi sedap.


Lepas makan kita solat dulu...dah macam RnR pulak restaurant ni siap sedia tempat solat. Terbaikkk

Sambil tunggu yang lain selesai solat kita selfi dulu...
 Dalam setengah jam perjalanan dari restaurant tadi kami tiba di Jeti Sungai Mekong. Sebab cuaca yang super panas kami pakat beli topi yang dijual di jeti.






Mari kita tengok ada apa di seberang jeti... Check point pertama bee farm


Dijamu air teh + madu + limau


Nexttt....naik kereta kuda pulak...




Hilangkan dahaya dengan air buah


Check point berikutnya...dijamu buah-buahan tempatan. Durian tu win sedap lagi berlemak


Hiburan nyanyian oleh wanita Vietnam..


Check point seterusnya lagi bersampan...kuat drebar kami ni..wanita kecil yang gagah perkasa




Sampai ja jangan lupa bagi tips..cian dorang penat. Kalau aku mau kayuh setempat ja..kuakuakua.. Check point akhir ada kilang gula-gula kelapa aka coconut candy...tak beli pun tak minat huhu


Hat ni chek suka...aiskrim kelapa! RM1 satu


OTW balik dijamu air kelapa...fresh gitu...Alhamdulillah



Dah sampai...


Kami tiba di hotel lebih kurang pukul 7 petang... balik bilik mandi dan solat kemudian tutun makan di restaurant daun yang terletak bersebelahan hotel kami.


Lepas makan kita jalan-jalan pasar malam Benh Tanh.. bergambar dengan amoi Vietnam yang pandai ambil hati aku dan Mr.D. Terus terbeli t-shirt 2 helai dengan seluar satu kat dia. huhuhu





Jumpa aisyah bekas pelajar tempat aku

Jenuh pilih oii..

kiri ke kanan? aaahhh rembat dua-dua..murah ni cotton RM26 satu
 Tadaaaa....hasil membeli belah di vietnam. Belum termasuk blazer kawan office pesan dan seluar laki aku tempah. esok pagi depa hantaq...ok masa untuk kemas beg dan tidur. last night di Vietnam...
sob..sob..


Ulasan

  1. salam, u buat ke blazer suit kt situ? sedap pakai tak
    ony here

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI.... Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE... Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya... 12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM... beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Jalan-Jalan di Tanjung Dawai

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share story dengan ampa semua tentang apa yang menarik di Tanjung Dawai... 21 Oktober 2017 Sabtu Last day aku kat kampung sebelum bertolak balik ke KKB, sempat la bawa mak aku jalan-jalan di Tanjung Dawai. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Dawai ni.. Destinasi pertama adalah Jeti Tanjung Dawai Lepas shopping ikan bilis, ikan kering, belacan dan sebagainya kita jalan-jalan cari makan pulak...perut pun dah berkeroncong ni... Mee Udang Rumpun Mambu..tak jauh pun dari Jeti Tanjung Dawai tadi..dalam 2km jek.. kedudukan restaurant ini adalah di pinggiran pantai Tanjung Dawai. Nampak tak..mak aku dah eksaited tengok mee udang tu..masa ni dia tak tau lagi mee tu depa bubuh dalam belanga kikikiki lapaq pulak aku tengok gambaq ni...hadoii bila pulak nak balik ni... RM 15 sebelanga ni..puas hati sangat sebab udang besaq lagi fresh sedap pulak tu...merecik! Ma