Langkau ke kandungan utama

Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin

Hasil Tangkapan Dari Sungai Besar

Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin


Bahan-bahannya

4 ekor ketam bunga - bersihkan dan kerat dua
7 ulas bawang putih - dicincang halus
6 biji cili api - dipotong halus
4 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
2 sudu serbuk lada hitam
1 biji telur ayam
tepung jagung (untuk disalut pada ketam)
4 sudu besar planta
2 biji telur masin

Bahan-bahan

Bahan utama

Cara-caranya

1. Pecahkan telur ayam dan pukul sedikit. Kemudian celup ketam ke dalam telur dan salut dengan tepung jangung. Masukkan juga sedikit lada hitam pada ketam untuk memberikan rasa yang lebih umphhhh

Sedia untuk digoreng

Kemudian, goreng ketam hingga sedikit kekuningan. 

Goreng macam ni haa...

Tadaaaa...siap digoreng
2. Rebus telur masin dan keluarkan isinya. Asingkan telur kuning dan telur putih. Kemudian, cincang kecil-kecil.

Telur masin yang telah direbus

Telur masin kuning
3. Panaskan belanga kemudian masukkan 4 sudu besar planta. Biasanya orang lain letak butter, tapi kat rumah aku tak ada butter planta pun jadi la kan...Jangan bimbang rasanya tetap menjilat jari uollss... Bila planta dah cair tumis bawang putih, cili api, dan daun kari.

panaskan planta


bawang putih

cili api

Daun kari
4. Kemudian, masukkan susu cair dalam 1/2 tin. Kalau nak kuah lebih, boleh masukkan lebih lagi. Maukkan juga sedikit serbuk lada hitam.

Masukkan susu cair

Letak lada hitam
5. Apabila kuah dah mendidih, masukkan telur masin merah dan kacau hingga sekata. Apabila telah sekata dan warna gravy telah bertukar golden masukkan telur masin putih pula. Kacau sekata.


Telur masin merah


So yummy

Telur masin putih

6. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi, dan salut hingga sekata. Kemudian siap. Senang kan... Adoiiii lapaq pulak tengok gambaq ni

Tadaaaa....Yummy...

Selamat mencuba!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI.... Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE... Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya... 12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM... beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah ...

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca...

Resipi Colek Buah

Resipi Colek Buah Ala Chumnan Maughong Sapa yang tak kenal chumnan maughong ni mai aku nak habaq..budak ni la yang rajin dok post video dia makan colek buah masam-masam versi Thailand tu. Habih semua orang berjeje ayaq lioq tengok video dia termasuklah aku. Aku tertarik dengan konsep letak bawang dalam colek dia tu. Lain dari yang lain sikit. Maka terhasillah colek buah versi budak chumnan bubuh bawang ni. Aku ni sebenaqnya bukan la penggemar bawang, tapi nak gak cuba makan sebab nampak sedap dok tengok dia makan tu. Ternyata sedap oii bubuh bawang rasa macam kita makan kerabu mangga. Not bad. Jom tengok resipi... Colek Buah Si Chumnan  Colek Buah aku  Colek Buah ala Chumnan Bahan-bahannnya : Asam jawa adabi Cili api belacan gula garam bawang besar Tumbuk gula, garam dan cili api dengan menggunakan lesung batu. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tumbuk rata kemudian rasa dengan lidah. Sekiranya pedas sangat masukkan gula untuk mengurangkan t...