Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Persiapan Melancong ke Sabah

Persiapan melancong ke Sabah untuk 2 orang TIKET FLIGHT First sekali kena usha tiket murah dulu....haa kat sini kena ada kegigihan sikit la untuk skodeng harga tiket yang berpatutan...biasanya masa AA buat promosi susah sikit nak tempah mungkin sebab ramai sangat orang yang skodeng harga tiket jugak... Oleh sebab trip ni hanya melibatkan aku dan Mr.D, jadi agak mudah sikit untuk kami berbincang dan buat keputusan untuk tarikh tempahan tiket...haaa jumpa ja tiket murah dengan tarikh yang sesuai terus booking tanpa rasa bersalah...hahaha janji nak kejar yang murah...huhuhu Jadi, pada bulan september yang lalu AA ada buat Big Sale dan kami berdua telah berjaya menempah 2 tiket pi dan balik ke sabah pada 25 Feb hingga 27 Feb 2017 dengan harga RM262.12. Haaaa.....murah kan? tapi tu baru harga togel tiket belum termasuk pelbagai jenis ramuan yang lain lagi...huhu campoq tolak kali bahagi semua apa yang ada jadi total keseluruhan tiket return ke Sabah adalah RM392.32 .....Okla