Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Ho Chi Minh City Part 4

5 September 2017 Selasa Last day di Ho Chi Minh...pagi ni kami boleh rileks sikit sebab dah tak ada aktiviti jauh. Kami dibekalkan sarapan di dalam bilik masing-masing. Selesai makan kami ke Benh Tanh market untuk beli bag sebab kapasiti beg yang ada tidak muat huhu... Kami berkumpul di lobi hotel pada pukul 10 pagi untuk ke airport Saigon. Flight kami ke KLIA dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari. Done check in  Bye bye Ho Chi Minh... Kelaparan...order lasagna lagi... Alhamdulillah sampai KLIA...perjalanan lebih kurang 2 jam Tips kalau nak ke vietnam : 1. Bawa universal charger siap2 kalau takmau kelam kabut cari socket. 2. Nak memandu disana? tak digalakkan sebab dorang guna sistem eropah memandu di sebelah kiri. Lagipun cara pemanduan mereka sangat menyeramkan bagi aku. Melainkan korang tak sayang nyawa silakan memandu di sana. hehe 3. Tak perlu tukar ke mata wang dorang iaitu Dong. Sebab kita lebih mudah membeli belah menggunakan RM. Vie

Ho Chi Minh City Part 3

4 September 2017 Isnin Selesai solat subuh kami bersarapan pagi di Restaurant Halal Amin yang tidak jauh dari hotel kami menginap. Kami dijamu dengan makanan popular di Vietnam iaitu pho sejenis bihun sup daging. Selesai makan, kami terus ke Benh Tanh Market untuk mengukur baju dan seluar. Kami terus menuju ke kedai tempahan blazer dan seluar. Harga bagi sepasang suits adalah RM250. Mr.D hanya tempah sehelai seluar yang berharga RM80 setelah tawar menawar. Depan kedai ni ada kedai kasut pulak...depa pakat beli aku pun sama weiii...parokkk Selesai membuat tempahan di Benh Tanh kami terus naik bas mini menuju ke destinasi berikutnya iaitu Sungai Mekong. Perjanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari bandar Ho Chi Minh. Kami singgah di restaurant muslim Mohamad Amin untuk makan dan solat jamak. Menu makan tengahari kami agak sedap, udang masak blackpaper, sup ayam, gulai ikan dan telur dadar. yummy! Oh ya, sup depa agak pelik sikit sebab letak da

Kembara di Ho Chi Minh City Part 2

Hari ini kembara diteruskan di sebuah perkampungan islam di Vietnam. Selesai subuh seawal 4.30 pagi kami terus bersiap-siap turun ke lobi hotel pada pukul 6.30 pagi. Kemudian kami naik bas mini yang disediakan oleh tourist guide untuk ke kampung Province Tayninh. keadaan pada pukul 6.30 pagi waktu vietnam Perjalanan ke kampung tersebut adalah lebih kurang 2 jam dari bandar Ho Chi Minh. Kami bersarapan di dalam bas dengan dibekalkan nasi goreng ala nasi goreng cina tapi tak ada sayur kuikuikui...tapi yang uniknya ada 4 jenis lauk iaitu telur mata kerbau, telur omelette, ayam bakar dan daging yang disalai. Jenuh nak habiskan -__-! Nasi Goreng Vietnam Haaa....nampak tak kacang kat gambar tu? itula biji teratai panggang yang hanya terdapat di Vietnam. Sedap sungguh tak tipu. Nanti sebelum balik nak beli buat ole-ole wink! wink! kami berhenti di sebuah restaurant yang menjual air tebu dicampur dengan durian. Kami dimaklumkan minuman ini terkenal di kalangan pelancong yang datang