Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bercuti di Pulau Langkawi Kedah

Assalammualaikum... 
Percutian singkat aku bersama sepupu sepapat ke pulau lagenda Langkawi.

27 Ogos 2017
Ahad

Kami bertolak ke KLIA 2 dengan menaiki ERL dari Putrajaya Central. Charge parking di Putrajaya Central adalah sebanyak RM4 sehari. Tapi korang kena bertabah sikitlah cari parking macam aku jenuh memusing hari tu. So, digalakkan datang awal kalau korang nak parking sini ye. Kang ketinggalan flight pulak huhuhu.

Ni harga parking di KLIA2. Pandai-pandai la korang merancang nak park mana yer..





Rupanya kat Putrajaya Central ni ada banyak lot kedai untuk makan. So, kalau nak sarapan kat sini pun boleh.





Oleh sebab AA dah syaratkan hanya beg saiz tertentu dengan berat tidak melebihi 7kg untuk sorang penumpang, maka kita ekjas beg bawa yang penting-penting sahaja yer..


Laki aku order makan dalam flight...makan tengahari katanya -_-! Kami berdua sebenarnya terbang ke Penang terlebih dahulu untuk menguruskan family di airport sana. Setelah itu, baru kami fly bersama ke Langkawi.



Group K…
Catatan terbaharu

Ho Chi Minh City Part 4

5 September 2017
Selasa

Last day di Ho Chi Minh...pagi ni kami boleh rileks sikit sebab dah tak ada aktiviti jauh. Kami dibekalkan sarapan di dalam bilik masing-masing. Selesai makan kami ke Benh Tanh market untuk beli bag sebab kapasiti beg yang ada tidak muat huhu...

Kami berkumpul di lobi hotel pada pukul 10 pagi untuk ke airport Saigon. Flight kami ke KLIA dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari.

 Bye bye Ho Chi Minh...





Kelaparan...order lasagna lagi...



Alhamdulillah sampai KLIA...perjalanan lebih kurang 2 jam


Tips kalau nak ke vietnam :

1. Bawa universal charger siap2 kalau takmau kelam kabut cari socket.

2. Nak memandu disana? tak digalakkan sebab dorang guna sistem eropah memandu di sebelah kiri. Lagipun cara pemanduan mereka sangat menyeramkan bagi aku. Melainkan korang tak sayang nyawa silakan memandu di sana. hehe

3. Tak perlu tukar ke mata wang dorang iaitu Dong. Sebab kita lebih mudah membeli belah menggunakan RM. Vietnam menerima matawang RM dan US Dollar.

4. Jangan lupa b…