Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Resipi Sotong Goreng Kunyit

Resipi Sotong Goreng Kunyit Sempoi Bahan-bahannya... Sotong 7 ekoq kunyit 3 sudu kecik cili padi 5 biji bawang besaq 1 biji bawang putih 2 ulas serbuk lada hitam 2 sudu kecik garam secukup rasa Bahan masakan Cara memasak.... Kerat sotong kepada beberapa bahagian, kemudian lumur dan perap sotong dengan garam, serbuk lada hitam dan kunyit selama 10 minit. Panaskan 3 sudu minyak masak.. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi. Masukkan sotong yang telah diperap tadi. kacau hingga sotong masak. siap! untuk kuah korang boleh letak air lebih sikit. kalau nak letak kicap masin pun boleh. perap 10 minit tumis hingga layu siap.....boleh ngappp Makan dengan nasi panas-panas....walla...

Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin

Hasil Tangkapan Dari Sungai Besar Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin Bahan-bahannya 4 ekor ketam bunga - bersihkan dan kerat dua 7 ulas bawang putih - dicincang halus 6 biji cili api - dipotong halus 4 tangkai daun kari 1/2 tin susu cair 2 sudu serbuk lada hitam 1 biji telur ayam tepung jagung (untuk disalut pada ketam) 4 sudu besar planta 2 biji telur masin Bahan-bahan Bahan utama Cara-caranya 1. Pecahkan telur ayam dan pukul sedikit. Kemudian celup ketam ke dalam telur dan salut dengan tepung jangung. Masukkan juga sedikit lada hitam pada ketam untuk memberikan rasa yang lebih umphhhh Sedia untuk digoreng Kemudian, goreng ketam hingga sedikit kekuningan.  Goreng macam ni haa... Tadaaaa...siap digoreng 2. Rebus telur masin dan keluarkan isinya. Asingkan telur kuning dan telur putih. Kemudian, cincang kecil-kecil. Telur masin yang telah direbus Telur masin kuning 3. Panaskan belanga kemudian masu

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Langkah atasi masalah kucing di asrama

Assalammualaikum.... Kali ni nak kongsi dengan korang semua cara-cara mengatasi masalah lambakan kucing di dalam bangunan khususnya bangunan asrama. Sebenarnya masalah kucing di tempat aku ni dah bertahun lamanya berlaku...bukan kita tak sayang kucing tapi bila dah terlalu banyak kencing dan berak merata-rata siapa yang boleh tahan kan...sampai mak cik cleaner pun dah berbau kencing kucing. kesian dorang... -__-! Masalah lambakan kucing di tempat aku ni dah sampai tahap kronik, dimana telah menyebabkan kerosakan pada harta benda penghuni seperti kasut yang diletak depan pintu bilik, pakaian yang dijemur atas ampaian, karpet-karpet surau, telekung yang diletak di surau dan macam-macam lagi la...tu belum termasuk cerita di tandas dan bilik mandi lagi...bayangkan pepagi hang masuk tandas nak gosok gigi kat sinki nampak selonggok "taikuncing"kat dalam sinki tu. Choiiii...memang spoil la mood pagi tu kan... Sebenarnya dah pelbagai cara kami cuba buat untuk menangani mas

Resipi Ketam Masak Cili

Assalammualaikum.....salam sejahtera semua... pejam celik pejam celik dah masuk bulan November, rasa sat sangat masa berlalu... Pada 1 Nov yang lalu kita dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol dan minyak masak di Malaysia. Di media-media sosial ramai yang mengeluh dengan pelbagai bebanan kos sara diri. Hmmmmm apa boleh buat, sebagai rakyat biasa kita terpaksa akur dalam terpaksa...huhuhu Hari ni takmau stress dengan topik kenaikkan harga minyak...kita anggap ni sebagai satu dugaan dan hadapi dengan tabah la naaa....Be Strong Rakyat Malaysia! Ok, nak cerita baru-baru ni Mr.D outstation ke Sg. Besor, dibelinya beberapa haiwan lautan yang fresh-fresh...oiiii hati ini terus berbunga-bunga girang tengok haiwan-haiwan tersebut. Mau taknya... asyik makan yang dah terkulai layu je...sesekali dapat yang segar bugar gumbira la weiii... Tengok la ni....fresh kan... ikan kembung sotong ketam ketam betina Gambar ketam tu aku ambik 2 keping gambar sebab nak maklum kat