Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Hello 2017

Assalammualaikum...... Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2017.... sekejap je masa berlalu... bulan Disember merupakan bulan yang agak sibuk sampai tak sempat nak update blog. Target aku nak buat 5 entri dalam sebulan tak dapat dicapai pada bulan Disember huhuhu.... Apa yang aku buat dalam bulan Disember? 1. Aku kena uruskan visa beberapa orang pelajar luar negara. Masa nih ada 5 pelajar luar negara yang expired visa pada minggu yang berbeza. Haaa...nampak tak kesibukkan aku kat situ. Nasib ada AJK luar negara yang membantu. 2. Aku kena uruskan urusan kereta 2 orang adik aku. yang sorang sibuk nak cari kereta, al-maklum la dah ada lesen memandu. ditambah pulak dengan sokongan moral mak aku kat dia bertambah lagi semangat dok push aku cari kereta kat dia. haaa...yang sorang lagi tu pulak bank dok suruh buat bayaran yang tertunggak 2 bulan. Lagi sadis nak hubungi dia punya la susah. sibuk dah macam menteri. Nasibla kalau dah jadi penjamin...tak dapat yang membuat pinjaman ya