Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Pokok Dan Bunga Kundasang

Pokok-Pokok Dan Bunga Di Kundasang Sabah

Resipi Colek Buah

Resipi Colek Buah Ala Chumnan Maughong Sapa yang tak kenal chumnan maughong ni mai aku nak habaq..budak ni la yang rajin dok post video dia makan colek buah masam-masam versi Thailand tu. Habih semua orang berjeje ayaq lioq tengok video dia termasuklah aku. Aku tertarik dengan konsep letak bawang dalam colek dia tu. Lain dari yang lain sikit. Maka terhasillah colek buah versi budak chumnan bubuh bawang ni. Aku ni sebenaqnya bukan la penggemar bawang, tapi nak gak cuba makan sebab nampak sedap dok tengok dia makan tu. Ternyata sedap oii bubuh bawang rasa macam kita makan kerabu mangga. Not bad. Jom tengok resipi... Colek Buah Si Chumnan  Colek Buah aku  Colek Buah ala Chumnan Bahan-bahannnya : Asam jawa adabi Cili api belacan gula garam bawang besar Tumbuk gula, garam dan cili api dengan menggunakan lesung batu. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tumbuk rata kemudian rasa dengan lidah. Sekiranya pedas sangat masukkan gula untuk mengurangkan tahap kepe

Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis

Resipi Nasi Goreng Ikan Bilis Nasi Goreng Ikan Bilis Bahan-bahannya : Nasi Putih yang disejukkan seikat Sayur Sawi segenggam Ikan Bilis 2 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sudu besar cili kisar 1 sudu kecil belacan 1 inci Halia Garam Kisar bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan kisar kasar bersama ikan bilis. Kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu sebab rasanya akan jadi lebih sodap. Kemudian tumis bahan kisar bersama sedikit minyak. Setelah pecah minyak masukkan batang sawi yang telah diketuk dan dipotong. Masukkan garam dan kacau. Setelah itu masukkan nasi putih. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan daun sawi dan kacau rata hingga daun layu. Siap dan boleh dihidangkan.

Resipi Salmon Grill With Mash Potatoes

Resipi Salmon Grill With Mash Potatoes Bahan-bahannya : Sekeping Ikan Salmon ( jenis blok ) Serbuk Origano Serbuk Black paper 2 biji Bawang merah 2 ulas bawang putih Susu segar 2 sudu kecil tepung jagung Ubi Kentang Brokoli Carrot Kubis Bunga Garam Perap ikan salmon dengan secubit garam, serbuk origano, dan serbuk black paper selama 3 jam di dalam peti ais. Kemudian panggang selama 15 minit. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan susu segar, garam dan tepung jagung. Setelah agak pekat masukkan serbuk origano dan black paper. Potong kentang dalam bentuk dadu kemudian rebus sehingga empuk. Lenyekkan kentang tersebut kemudian letak sedikit garam, susu segar, serbuk origano dan black paper. Rebus brokoli, carrot dan bunga kubis. Tumis bawang merah kemudian masukkan garam, serbuk origano dan sayur yang direbus tadi dan kacau hingga rata. Siap. Semoga Mak cepat pulih seperti sediakala hendakNya. Amin. Sayang Mak! Cinta Dunia Akhirat.

Resipi Salmon Grill with Cream Sos

Balik dari kundasang hari tu aku dan Mr.D terus naik flight ke Penang dan balik ke kampung melawat mak yang ditimpa kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan untuk ziarah kawan-kawannya..teruk ke tak? hmmm patah jugak la sebelah tangan mak aku. Semua ni terjadi gara-gara budak insaniah yang kelam kabut bawa kereta untuk ke dewan peperiksaan sampai tak nampak mak aku. Nak marah sangat pun tak guna sebab benda dah jadi..apapun semoga kita sentiasa berhati-hati ketika memandu kenderaan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang... Ok..berbalik pada entree aku pada kali ini nak share resipi yang aku masak untuk santapan mak aku sepanjang balik ke kampung hari tu....aku makluman mak aku ni seorang yang sangatlah cerewet bab makan ni. Mak aku tak makan ayam dan daging. Apapun aku cuba masak sebaik mungkin untuk hiburkan hati mak aku yang duka lara sebab tangan bersimen.  Resipi Salmon Grill With Cream sos Bahan-bahannya : Sekeping Ikan Salmon 2 ulas bawang putih Serbuk O

BiRtHDaY WiSHeS

21 April 2017 genap umur mak aku yang ke 65! Sanah Helwah Mak... Semoga mak dipanjangkan usia.. Dimurahkan rezeki... Bahagia selalu... Terima kasih mak mengandungkan, melahirkan dan sabar menjaga kami bertiga sehingga dewasa... Segala budi dan pengorbanan mak takkan kami lupa sepanjang hayat.. Mak adalah wanita yang kuat dan sangat sabar ketika mendidik kami bertiga sehingga kini... Mak adalah wanita istimewa di mata kami.. Love you mak till jannah Tahun ini kak hadiahkan mak sehelai tuala bersulam yang comel dari kraftangan kak Hafizah Razi ( boleh follow fb beliau untuk tempahan )