Langkau ke kandungan utama

Resipi Salmon Grill with Cream Sos

Balik dari kundasang hari tu aku dan Mr.D terus naik flight ke Penang dan balik ke kampung melawat mak yang ditimpa kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan untuk ziarah kawan-kawannya..teruk ke tak? hmmm patah jugak la sebelah tangan mak aku.

Semua ni terjadi gara-gara budak insaniah yang kelam kabut bawa kereta untuk ke dewan peperiksaan sampai tak nampak mak aku. Nak marah sangat pun tak guna sebab benda dah jadi..apapun semoga kita sentiasa berhati-hati ketika memandu kenderaan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang...

Ok..berbalik pada entree aku pada kali ini nak share resipi yang aku masak untuk santapan mak aku sepanjang balik ke kampung hari tu....aku makluman mak aku ni seorang yang sangatlah cerewet bab makan ni. Mak aku tak makan ayam dan daging. Apapun aku cuba masak sebaik mungkin untuk hiburkan hati mak aku yang duka lara sebab tangan bersimen.


 Resipi Salmon Grill With Cream sos


Bahan-bahannya :

Sekeping Ikan Salmon
2 ulas bawang putih
Serbuk Origano
Margerin
Susu segar
Brokoli
Carrot
Kentang
Garam

Perap ikan salmon bersama garam, bawang putih dan serbuk origano sehingga 15 minit. Kemudian panggang selama 5 minit.

Untuk buat cream sos pula, Panaskan marjerin kemudian masukkan susu segar, secubit garam dan sedikit serbuk origano. Kemudian kacau sampai mendidih.

Brokoli, Carrot dan kentang dipotong kecil kemudian direbus bersama secubit garam.

Masukkan ikan salmon ,cream sos dan sayur-sayur tadi ke dalam pinggan. Hiaskan.dan siap.






















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca...

Resipi Colek Buah

Resipi Colek Buah Ala Chumnan Maughong Sapa yang tak kenal chumnan maughong ni mai aku nak habaq..budak ni la yang rajin dok post video dia makan colek buah masam-masam versi Thailand tu. Habih semua orang berjeje ayaq lioq tengok video dia termasuklah aku. Aku tertarik dengan konsep letak bawang dalam colek dia tu. Lain dari yang lain sikit. Maka terhasillah colek buah versi budak chumnan bubuh bawang ni. Aku ni sebenaqnya bukan la penggemar bawang, tapi nak gak cuba makan sebab nampak sedap dok tengok dia makan tu. Ternyata sedap oii bubuh bawang rasa macam kita makan kerabu mangga. Not bad. Jom tengok resipi... Colek Buah Si Chumnan  Colek Buah aku  Colek Buah ala Chumnan Bahan-bahannnya : Asam jawa adabi Cili api belacan gula garam bawang besar Tumbuk gula, garam dan cili api dengan menggunakan lesung batu. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tumbuk rata kemudian rasa dengan lidah. Sekiranya pedas sangat masukkan gula untuk mengurangkan t...

Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin

Hasil Tangkapan Dari Sungai Besar Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin Bahan-bahannya 4 ekor ketam bunga - bersihkan dan kerat dua 7 ulas bawang putih - dicincang halus 6 biji cili api - dipotong halus 4 tangkai daun kari 1/2 tin susu cair 2 sudu serbuk lada hitam 1 biji telur ayam tepung jagung (untuk disalut pada ketam) 4 sudu besar planta 2 biji telur masin Bahan-bahan Bahan utama Cara-caranya 1. Pecahkan telur ayam dan pukul sedikit. Kemudian celup ketam ke dalam telur dan salut dengan tepung jangung. Masukkan juga sedikit lada hitam pada ketam untuk memberikan rasa yang lebih umphhhh Sedia untuk digoreng Kemudian, goreng ketam hingga sedikit kekuningan.  Goreng macam ni haa... Tadaaaa...siap digoreng 2. Rebus telur masin dan keluarkan isinya. Asingkan telur kuning dan telur putih. Kemudian, cincang kecil-kecil. Telur masin yang telah direbus Telur masin kuning 3. Panaskan belanga kemudian ...