Langkau ke kandungan utama

BiRtHDaY WiSHeS

21 April 2017 genap umur mak aku yang ke 65!

Sanah Helwah Mak...
Semoga mak dipanjangkan usia..
Dimurahkan rezeki...
Bahagia selalu...

Terima kasih mak mengandungkan, melahirkan dan sabar menjaga kami bertiga sehingga dewasa...
Segala budi dan pengorbanan mak takkan kami lupa sepanjang hayat..
Mak adalah wanita yang kuat dan sangat sabar ketika mendidik kami bertiga sehingga kini...
Mak adalah wanita istimewa di mata kami..

Love you mak till jannah


Tahun ini kak hadiahkan mak sehelai tuala bersulam yang comel dari kraftangan kak Hafizah Razi ( boleh follow fb beliau untuk tempahan )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bercuti ke Fraser Hill

Assalammualaikum...salam sejahtera.....salam awal muharram 1438H

Kali ni aku nak share dengan ampa semua aktiviti aku sempena cuti awal muharram baru-baru ni....
Kita ke Bukit Fraser Uolls....dok rumah ja buat apa...3 hari kot cuti....

Dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser hanya 37km sahaja...so, dalam sejam camtu ja perjalanan. Lepas sarapan, kami pun bertolak dalam pukul 8.30 pagi.....


OTW ke Fraser Hill kita akan melalui empangan Hulu Selangor @ SPLASH...haa ampa nampak x bukit-bukit kat situ nampak merah ja...tu sebab air kat empangan tu dah makin surut...jadi yang dok hulu selangor tu jangan dok main air sangat la na...beringat sama


Haaa...ni la gap jalan untuk kita naik ke puncak...dulu kena ikut turn untuk naik dan turun..sekarang laluan untuk turun dah diasingkan...jadi senangla kita nak naik dan turun bila-bila masa je.


laluan gap ni muat-muat untuk sebiji kereta ja lalu...jalan bengkang bengkok jadi perlu fokus ye ketika memandu tu....


Nampak ja pondok ni...mean ampa dah ber…

Resipi Colek Buah

Resipi Colek Buah Ala Chumnan Maughong

Sapa yang tak kenal chumnan maughong ni mai aku nak habaq..budak ni la yang rajin dok post video dia makan colek buah masam-masam versi Thailand tu. Habih semua orang berjeje ayaq lioq tengok video dia termasuklah aku. Aku tertarik dengan konsep letak bawang dalam colek dia tu. Lain dari yang lain sikit. Maka terhasillah colek buah versi budak chumnan bubuh bawang ni.

Aku ni sebenaqnya bukan la penggemar bawang, tapi nak gak cuba makan sebab nampak sedap dok tengok dia makan tu. Ternyata sedap oii bubuh bawang rasa macam kita makan kerabu mangga. Not bad. Jom tengok resipi...






Colek Buah ala Chumnan

Bahan-bahannnya :

Asam jawa adabi
Cili api
belacan
gula
garam
bawang besar

Tumbuk gula, garam dan cili api dengan menggunakan lesung batu. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tumbuk rata kemudian rasa dengan lidah. Sekiranya pedas sangat masukkan gula untuk mengurangkan tahap kepedasannya.

Kemudian, hiris bawang besar dan masukkan ke dalam colek b…

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut.

Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa.

Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu.


Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami mencari box gabus untuk mengisi…