Langkau ke kandungan utama

Kembara di Ho Chi Minh City Part 2

Hari ini kembara diteruskan di sebuah perkampungan islam di Vietnam. Selesai subuh seawal 4.30 pagi kami terus bersiap-siap turun ke lobi hotel pada pukul 6.30 pagi. Kemudian kami naik bas mini yang disediakan oleh tourist guide untuk ke kampung Province Tayninh.

keadaan pada pukul 6.30 pagi waktu vietnam
Perjalanan ke kampung tersebut adalah lebih kurang 2 jam dari bandar Ho Chi Minh. Kami bersarapan di dalam bas dengan dibekalkan nasi goreng ala nasi goreng cina tapi tak ada sayur kuikuikui...tapi yang uniknya ada 4 jenis lauk iaitu telur mata kerbau, telur omelette, ayam bakar dan daging yang disalai. Jenuh nak habiskan -__-!

Nasi Goreng Vietnam
Haaa....nampak tak kacang kat gambar tu? itula biji teratai panggang yang hanya terdapat di Vietnam. Sedap sungguh tak tipu. Nanti sebelum balik nak beli buat ole-ole wink! wink! kami berhenti di sebuah restaurant yang menjual air tebu dicampur dengan durian. Kami dimaklumkan minuman ini terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Vietnam. Apa lagi...aku pun terus cuba try test laaa..guest what?? sedap weh tak tipu...hampa yang nak kesana harus cubaa..

Tebu plus durian yummy!
Yang kat sebelah air tu ubi kayu bersama bijan sangai...yang tu tak tau nak komen sebab tak try makan...ntah sapa balun ubi aku tak tau..hehe tapi tak terkilan pun sebab ubi kayu dah biasa makan. Kami tiba di Kampung Province Tayninh dalam pukul 9.30 pagi. Haaa ni la rupa kampungnya.... comel ja meja kerusi kat vietnam ni...terasa sesuai nau dgn diriku yang kecik molek nih..kuikuikui

Sampai je kat kampung tu semua nak ke tandas..mana taknya 2 jam perjalanan tak jumpa tandas..minum pulak air pelik tadi lagi cepat nak mencari tandas.. nampak je kelibat masjid Darussalam kat kampung tu terus target nak ke sana. Kami di suruh guna tandas di rumah-rumah penduduk berhampiran kerana tandas di masjid kurang sesuai digunakan. Mujur penduduk kat situ ramah tamah tak berkira nak pinjamkan tandas di rumah diorang. sob..sob..sob..



Kami sebenarnya ke kampung ini untuk melaksanakan program ibadah korban di Vietnam. Alhamdulillah sebanyak 7 ekor lembu berjaya dikorbankan pada hari tersebut. Mana lembu yang dikorbankan? kat belakang padang tu haa.. aku ni hati tak kuat nak tengok mudah kesian... baik duduk jauh-jauh huhuhu

Kopi Ais Vietnam
Sambil-sambil menunggu kaum Adam laksanakan penyembelihan..kami berborak dengan penduduk setempat. Rupanya ada di antara mereka pernah belajar di Malaysia. Sebab tu ada yang pandai berbahasa melayu. Kami dijamu air kopi ais Vietnam yang sungguh sedap.

Lunch

Selesai Ibadah korban, kami dijamu makan tengahari. Percaya tak, tukang masaknya adalah adik-adik yang masih kecil yang merupakan penuntut di Madrasah Darussalam. Tak percaya? tengok gambar di bawah ni...

para pelajar lelaki
Kemudian kami dijamu dengan buah-buahan tempatan pula...

dessert pulak... 
Selesai makan kami solat jamak, bergambar dengan para pelajar dan seterusnya bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Chu Chi Tunnel..

Masjid Darussalam
Kami difahamkan masjid Darussalam ini merupakan madrasah bagi pelajar lelaki. Manakala pelajar perempuan di bangunan lain dan masih dalam proses penambahbaikkan. Patutla kami tak dibenarkan ke tandas masjid hewhew...misteri telah terungkai...

bersama pelajar perempuan dan kakitangan madrasah 
Gerai runcit penduduk tempatan
Bersama tenaga pengajar dan penduduk tempatan yang melayani kami
Seronok sangat berkenalan dengan dorang....semoga bertemu lagi...Kami bertolak ke Chu Chi Tunnel pada pukul 12.30 tengahari. Perjalan ke Chu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan.

Maps Chu Chi Tunnel
Nampak tak peta kat atas tu? itula laluan Chu Chi Tunnel...kena jalan kaki lebih kurang 2km huhu jauh oiii...

Pendaftaran masuk
Kena tampal stiker dulu ye
Tiket masuk lebih kurang RM 14 sorang
Antara yang terdapat di sepanjang laluan...Nampak pondok tu? kena masuk ke dalam tu check point pertama tengok tayangan perang diantara Amerika dan Vietnam.



Dalam bilik tayangan..

Haaa...tula tukang bagi penerangan kat kami macam mana strategi yang dibuat oleh tentera Vietnam pada masa itu dari serangan Amerika.




Eh eh macam sama pulak rupa..rasa aku lagi cute kot..eh! 

Lubang udara....macam blower gitu. Bijak betul dorang ni..



antara jenis perangkap yang dipasang
pembuatan bahan letupan
kasut getah ringan dan senyap tanpa jejak

Laluan dalam tanah

Sebelum makan basuh tangan dulu ye..

Check point terakhir....makan makanan zaman perang

Dijamu teh dan ubi kayu


Blower dapur dorang..canggih kan..bijok
Haaa...ini la Ho Chi Minh yang merancang dan menyusun strategi menentang Amerika. 


Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah makan dulu di Satay House. Rasanya ni restaurant orang Malaysia sebab nampak bendera Malaysia kat pintu masuk. 


Makan malam kami...tadaaaa....gulai tu sebijik macam mak aku buat...sedappp 


Dah kenyang makan jom balik tidur...penat plus mengantuk



Ulasan