Langkau ke kandungan utama

Persiapan Melancong ke Sabah

Persiapan melancong ke Sabah untuk 2 orang

TIKET FLIGHT




First sekali kena usha tiket murah dulu....haa kat sini kena ada kegigihan sikit la untuk skodeng harga tiket yang berpatutan...biasanya masa AA buat promosi susah sikit nak tempah mungkin sebab ramai sangat orang yang skodeng harga tiket jugak...

Oleh sebab trip ni hanya melibatkan aku dan Mr.D, jadi agak mudah sikit untuk kami berbincang dan buat keputusan untuk tarikh tempahan tiket...haaa jumpa ja tiket murah dengan tarikh yang sesuai terus booking tanpa rasa bersalah...hahaha janji nak kejar yang murah...huhuhu

Jadi, pada bulan september yang lalu AA ada buat Big Sale dan kami berdua telah berjaya menempah 2 tiket pi dan balik ke sabah pada 25 Feb hingga 27 Feb 2017 dengan harga RM262.12. Haaaa.....murah kan? tapi tu baru harga togel tiket belum termasuk pelbagai jenis ramuan yang lain lagi...huhu campoq tolak kali bahagi semua apa yang ada jadi total keseluruhan tiket return ke Sabah adalah RM392.32.....Okla kan still murah berbanding harga biasa AA.

Alhamdulillah pada 5 September tiket selamat ditempah dan dibayar oleh Mr.D.


HOTEL

Lepas tiket dah selamat ditempah, apa lagi...bermula la edisi mencari tempat penginapan yang sesuai untuk bermalam disana......cadangan untuk bermalam 1 malam di kundang dan 1 malam di KK. al-maklumla short vocation 3H 2M je.

Untuk penginapan di KK pada 26 Feb hingga 27 Feb 2017, kami bersepakat memilih D'Borneo Hotel yang terletak di Sinsuran Kompleks yang berhampiran dengan tempat untuk membeli belah. Sebelah malamnya pula terdapat Pasar Filipine yang terletak di bawah kompleks Sinsuran tersebut. Kos bermalam di D'Borneo Hotel adalah RM140 sahaja. Haaa.... ok sangat latu kan...senang nak shopping..cehhh macam la aku kaki shopping...

Ni pintu depan hotel tu...


D'Borneo Hotel (sumber : agoda)

Manakala di Kundasang nanti pada 25 Feb hingga 26 Feb 2017 kami memilih Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa dengan besar harapan water heater disediakan di hotel tersebut. Jangan dok buat pasai xdak water heater....tak mandi aku nanti weiiii..... untuk orang yang kurang lemak macam aku ni bila di tempat sejuk wajib kena ada water heater dan selimut tebal...kalau tidak, memang tak boleh tidur la jawabnya...huhuhu... Mr.D please take noted yer...Harga penginapan di Chalet tersebut RM234.

Mount Kinabalu Heritage (sumber :agoda)

Bilik Chalet yang kami pilih (sumber : agoda)


Sebenarnya kami agak frust bila kundasang Pine Resort telah penuh pada tarikh tersebut...niat di hati nak bermalam di situ tapi rezeki tak menyebelahi kami untuk bermalam di sana. Takpela... lain kali kan ada...pujuk hati kecilku... lagipun, MKH ni pun tak jauh beza dengan KPR..kira x frust sangat la....hikhikhik

Alhamdulillah pada 11 Oktober penginapan untuk 3H 2M telah selamat dibayar oleh Mr.D


Next...

JADUAL 3H 2M

Yang ni part paling aku suka...buat list tempat yang best untuk dilawat..hehe...hasil carian aku kat google dan blog-blog yang lain...maka, terhasil la jadual yang super duper verangan dulu ni...

TRIP KE KUNDASANG 2 ORANG (3H 2M)


Day 1


25 Feb 2017 (Sabtu)
Masa
Program
Lokasi
Kos
Catatan
1.00 ptg
Tiba
Airport KK
RM196


Dapatkan car rental
RM300


ü  Rumah Terbalik
Otw ke kundasang
RM10.60x2


Lunch di Mango Garden Restaurant
RM50++


ü  Jambatan Tamparuli
-


ü  Pekan Nabalu
-

3.00
Check-In MKH
kundasang
RM234


ü  Kinabalu Park
RM3x2
Simpan tiket utk ke poring hot spring

Pekan
-

5.30 ptg
Dinner cari kepak ayam madu (War Memorial) / KFC
RM30++




Day 2

26 Feb 2017 (Ahad)
Masa
Program
Lokasi
Kos
Catatan
5.30pg
Bergambar dgn g.kinabalu
Sekitar MKH
-


Check-out MKH
-


B/fast
RM20++


ü  Poring hot spring
ranau

Guna tiket kinabalu park

ü  Desa Cattle Farm
Makan icecream gelato
RM50++



RM5x2

2.00ptg
ü  Sabah Tea Lunch
kundasang
RM5x2


ü  Sg.tagal
RM10


Otwke KK
-


Check-In D’Borneo Hotel
Kota kinabalu
RM140
Komplek sinsuran
4.30ptg
Cari lokan bakar dan kelapa bakar
RM20++
Landmark Politeknik

ü  Jessleton Point
-


ü  Pasar Filipina
RM100++
Blkg pasar ada kedai seafood sdp

ü  Pasar malam kg.air
-
Pearl murah

ü  Pasar ikan masin
-



Day 3

27 Feb 2017 (Isnin)
Masa
Program
Lokasi
Kos
Catatan
9.00pg
Otw balik KL
Airport KK
RM196



Berdasarkan jadual kat atas tu...macam tak cukup puas je bercuti. Aktiviti pantai tak dapat dibuat  ..sob..sob...xpela next time pulak  -_-!

BOOK TRANSPORT

Kami bersepakat booking transport melalui website https://keretasewasahabatkk.wordpress.com/. Macam-macam jenis kenderaan ada disewakan. Oleh kerana kami hanya berdua, myvi menjadi pilihan dengan kadar sewa sebanyak RM 100.00 sehari. Untuk 2 hari setengah kami hanya perlu membayar sebanyak RM 270.00. Oh ya, ada tambahan bayaran sebanyak RM 100.00 pulak untuk deposit. Jika kenderaan yang korang pulangkan berkeadaan baik tiada sebarang saman menyaman deposit tersebut akan dipulangkan semula kepada korang dalam masa 3 hari bekerja.

Sekian perancangan sempena percutian singkat di Sabah nanti. Boleh Bah Kalau Kau!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI.... Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE... Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya... 12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM... beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Jalan-Jalan di Tanjung Dawai

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share story dengan ampa semua tentang apa yang menarik di Tanjung Dawai... 21 Oktober 2017 Sabtu Last day aku kat kampung sebelum bertolak balik ke KKB, sempat la bawa mak aku jalan-jalan di Tanjung Dawai. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Dawai ni.. Destinasi pertama adalah Jeti Tanjung Dawai Lepas shopping ikan bilis, ikan kering, belacan dan sebagainya kita jalan-jalan cari makan pulak...perut pun dah berkeroncong ni... Mee Udang Rumpun Mambu..tak jauh pun dari Jeti Tanjung Dawai tadi..dalam 2km jek.. kedudukan restaurant ini adalah di pinggiran pantai Tanjung Dawai. Nampak tak..mak aku dah eksaited tengok mee udang tu..masa ni dia tak tau lagi mee tu depa bubuh dalam belanga kikikiki lapaq pulak aku tengok gambaq ni...hadoii bila pulak nak balik ni... RM 15 sebelanga ni..puas hati sangat sebab udang besaq lagi fresh sedap pulak tu...merecik! Ma