Langkau ke kandungan utama

Kundasang Sabah






Day 2

26 Feb 2017 (Ahad)

1.  MiSi MeNCaRi GuNuNg KiNaBaLu

6.15 pagi...selesai solat subuh kami terus bersiap-siap untuk check-out bilik dan jalan-jalan di sekitar kundasang. Sebenarnya kalau hampa semua baca entri persiapan yang aku buat untuk ke sabah mesti hampa akan gelak sebab aku dah siap buat jadual sepanjang berada di sabah tapi tak sempat nak follow. Maklumlah masa ni hati tengah kecamuk...mana taknya dapat berita mak aku kemalangan di kampung. Mujur ada adik aku lagi sorang boleh balik tengok mak.


laluan tangga di chalet

Lepas je check-out bilik kami terus dengan misi mencari Gunung Kinabalu untuk bergambar. Awal pagi kabus agak tebal mungkin sebab hujan lebat semalam. Di sekitar chalet tiada kelibat Gunung Kinabalu yang kelihatan. Jadi kami ambik keputusan keluar mencari Gunung Kinabalu.

tempat parking depan Mount Kinabalu Heritage

Cantik kan...terasa macam kat oversea pulak...hehehe...Keluar je daripada Mount Kinabalu Heritage kami sempat bergambar di depan masjid. 

sebelah kiri tu masjid

Aku ajak Mr.D ke Kinabalu Pine Resort iaitu tempat yang kami teringin nak menginap tapi penuh. Aku pernah dengar kat situ ada port strategik untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu. Kami pun bergerak ke sana.

Chalet di Kinabalu Pine Resort
dapat bergambar dengan puncak pun  jadi la

edit kasi clear sikit

Dah la tu kasi can kat orang lain pulak...dah ler datang tumpang bergambar je nih...hehe.
Masa otw keluar ke pekan di persimpangan traffic light kubis tiba-tiba...

clearnyaaa....

Betul-betul depan mata..macam tak caya je...Subhanallah indahnya ciptaan Allah S.W.T... wahhhh jelasnya.....waaaa...apa lagi terus berhenti kereta tepi jalan tu untuk bergambar. Maka terhasillah gambar bawah ni...Alhamdulillah puas hati... untuk makluman semua, masa ini pukul 8.00 pagi. 

Gunung Kinabalu

Yeayyy...misi berjaya! Dah jom ke tempat lain pulak....

Oleh kerana Ranau berada dalam laluan berbeza...maka kami ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Ranau terlebih dahulu...dari Kundasang ke Ranau mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai...

2. TaGaL SuNgAi MoRoLi @ FiSh SPA
  
9.00 pagi...kami tiba di Ranau. Destinasi pertama kami adalah Tagal Sg.Moroli di Kg.Luanti Baru Ranau.


Harga tiket masuk ke fish SPA ini adalah :

Mandi bersama ikan : RM10
Rendam kaki (dewasa) : RM5
Rendam kaki (kanak-kanak) : RM2
Kamera : RM3 (satu rombongan)
Kasut selipar ; RM2

Apa yang kami ambil adalah rendaman kaki, kamera dan selipar...total 2 orang dewasa RM 17



Kena tunggu giliran ye untuk masuk....jangan ampa semua pi redah masuk pulak... Oh ya, makanan ikan turut dijual dengan harga RM1 sepeket. wajib beli ...kalau tak camna ikan tu nak pi kat ampa...ye dokkk..heheh


Seronok tengok Mr.D main dengan ikan kelah tu...jinak oiii... yang aku ni pulak geli geleman tengok ikan tu..tak sangka pulak ikan-ikan kat situ besaq-besaq....



Rugi betui aku penakut...main kat tebing jer...hadoiii kenapa oh kenapa... Disebabkan mengejar masa kami hanya spent time lebih kurang 30 minit sahaja disitu...perjalanan diteruskan ke destinasi berikutnya...

3. SaBaH TeA

10.00 pagi... kami tiba di Sabah tea...menikmati pemandangan ladang teh yang agak besar di sabah dan minuman di restaurant yang terdapat disitu. Oleh sebab dah bedal jagung rebus dekat fish spa tadi...perut pun masih kenyang lagi. Nak juga merasa menu lain dari yang lain kat sini..kami order air teh tarik dan kopi tarik serta tea waffle.


Waffle tea tu memang aku suggest sangat kat ampa cuba makan.. untuk minuman pulak..hmmm boleh la tak la sedap sangat. biasa-biasa ja...Tapi pemandangan memang Masya Allah sangat cantik...

Next destinasi pulak...

4. PoRiNg HoT SpRiNg 

11.00 pagi... tiba di Poring Hot Spring pulak...aku nak ingatkan ampa semua jangan lupa bawa kad pengenalan untuk dapatkan harga bagi warganegara Malaysia. So, tiket masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM3 sahaja.


Jom kita tengok ada apa kat sini...



bilik mandi bertutup pun hadoo 


Macam-macam jugak ada kat sini...antaranya :

- Butterfly garden
- Enclose tab
- Canopy walk away
- Orchid garden
- Slaid pool per hour

Semua ni ada bayaran berasingan okay..jangan harap dah bayar kat pintu masuk tu dah dikira bayar untuk semua tempat yang ada kat dalam ni...nak ambik gambar pun kena bayar oiii..

Aku dan Mr.D tak mandi pun kat sini..singgah tengok apa yang ada jer...kalau ampa cuti lama kat sini boleh la ambik peluang untuk mandi mandi kat kolam air panas ni..macam best jerrrr





Lepas mandi tu kalau agak lapar...jangan bimbang Restaurant adooo...kami tak makan pun sebab dah kenyang. Dah habis jalan-jalan kat Poring hot spring kita ke destinasi lain pulak..

5. RaBBiT ViLLaGe

12.00 tengahari...kami tiba di Rabbit Village..Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM3 seorang. 




Jom kita main dengan arnab...teringat pulak waktu bela arnab dulu..ni kira nak lepas rindu peluk arnab la ni..heheh

luas jugak tempat ni...

arnab tengah rehat

tengahari kan...panasss

Geram pulak aku tengok arnab kat sini...comel-comel..




Dah puas main dengan budak-budak gebu gebas ni...kita ke satu lagi destinasi sebelum ke KK. Oh ya, makanan arnab turut dijual di situ dengan harga RM1 satu paket. Ok dah puas jalan-jalan sekitar Ranau...jom gerak ke Kundasang semula...

6. DeSa DiaRy FaRm @ DDF

2.30 petang...kami tiba di Desa Diary Farm @ DDF. Yeayyy destinasi yang paling ditunggu-tunggu untuk sampai...haha. Sampai je situ ampa akan lihat pemandangan yang cantik bagaikan berada di luar negara iaitu New Zealand. Dengan lembunya hitam putih dilatari dengan gunung di belakang...Indah!

Bayaran tiket masuk adalah sebanyak RM2 seorang.
depan DDF
Sampai je sini ampa wajib beli dan makan Gelato ni...sedap weiii tak rugi makan. dengar cerita kat semenanjung RM25 semangkuk macam ni.


Ada perisa lain jugak...siap topping lagi..


Kalau nak masuk tempat bawah ni kena datang petang macam kami... susu RM 1 sebotol dan rumput RM1 seikat.





Haaaa...cantik kan pemandangan kat sini...tak rugi weiii sampai sini....  dah habis posing bergambar dengan lembu semua bagai...kita pun bertolak ke bandar Kota Kinabalu pulak.


7. PaSaR FiLiPiNa


6.30 petang tiba di bandar KK untuk Check-In bilik D'Borneo Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar KK. Kat sini agak sadis...memusing hampir sejam mencari parking kereta. Akhirnya kami putuskan untuk parking jauh dan jalan kaki je menuju ke hotel. 

Oleh sebab badan pun dah penat..kami hanya sempat membeli sedikit cenderamata untuk keluarga dan terus balik ke bilik untuk rehat. Ini je satu-satunya gambar yang sempat diambil semasa berada di pasar filipina dan pasar ikan masin. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI.... Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE... Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya... 12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM... beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Jalan-Jalan di Tanjung Dawai

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share story dengan ampa semua tentang apa yang menarik di Tanjung Dawai... 21 Oktober 2017 Sabtu Last day aku kat kampung sebelum bertolak balik ke KKB, sempat la bawa mak aku jalan-jalan di Tanjung Dawai. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Dawai ni.. Destinasi pertama adalah Jeti Tanjung Dawai Lepas shopping ikan bilis, ikan kering, belacan dan sebagainya kita jalan-jalan cari makan pulak...perut pun dah berkeroncong ni... Mee Udang Rumpun Mambu..tak jauh pun dari Jeti Tanjung Dawai tadi..dalam 2km jek.. kedudukan restaurant ini adalah di pinggiran pantai Tanjung Dawai. Nampak tak..mak aku dah eksaited tengok mee udang tu..masa ni dia tak tau lagi mee tu depa bubuh dalam belanga kikikiki lapaq pulak aku tengok gambaq ni...hadoii bila pulak nak balik ni... RM 15 sebelanga ni..puas hati sangat sebab udang besaq lagi fresh sedap pulak tu...merecik! Ma