Langkau ke kandungan utama

Bercuti ke Fraser Hill

Assalammualaikum...salam sejahtera.....salam awal muharram 1438H

Kali ni aku nak share dengan ampa semua aktiviti aku sempena cuti awal muharram baru-baru ni....
Kita ke Bukit Fraser Uolls....dok rumah ja buat apa...3 hari kot cuti....

Dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser hanya 37km sahaja...so, dalam sejam camtu ja perjalanan. Lepas sarapan, kami pun bertolak dalam pukul 8.30 pagi.....


OTW ke Fraser Hill kita akan melalui empangan Hulu Selangor @ SPLASH...haa ampa nampak x bukit-bukit kat situ nampak merah ja...tu sebab air kat empangan tu dah makin surut...jadi yang dok hulu selangor tu jangan dok main air sangat la na...beringat sama


Haaa...ni la gap jalan untuk kita naik ke puncak...dulu kena ikut turn untuk naik dan turun..sekarang laluan untuk turun dah diasingkan...jadi senangla kita nak naik dan turun bila-bila masa je.


laluan gap ni muat-muat untuk sebiji kereta ja lalu...jalan bengkang bengkok jadi perlu fokus ye ketika memandu tu....


Nampak ja pondok ni...mean ampa dah berjaya sampai di puncak Fraser Hill...Yeayyy


Lepas pondok tu...ampa semua akan nampak menara jam ni.. ni la menara jam yang menjadi simbolik kat Fraser Hill ni..kat sebelah kiri tu hotel Puncak Inn dan jalan menghala ke masjid dan kedai-kedai makan...manakala disebelah kanan tu jalan nak ke Shahzan Inn, Pine Resort, serta jalan menghala turun dari Fraser Hill



Bila dah sampai tempat sejuk, rasa nak minum air panas pulak...kami singgah kat restaurant yang terletak di belakang masjid. Nama apa ye restaurant ni...lupa pulak huhuuu..yang penting kat atas ni ada masjid ye, klu nak solat jumaat kat sini pun boleh.


Perkarangan masjid.....


Seterusnya kami ke Allan's Water....kat sini ampa semua boleh buat aktiviti kayuh basikal dalam air, main bebola air, tengok ikan...haaa...macam gambar kat bawah ni...








Jinak ikan-ikan kat sini.ada ikan koi, ikan keli, ikan talapia dan macam-macam lagi...kita boleh bagi ikan-ikan ni makan dengan membeli makanan ikan yang telah disediakan di kaunter...rm1.oo sepeket kecik. Pandai depa ni buat bisnesss kennnn...



Kat sebelah Alan's Water ada Fraser's Edible Garden ni....ampa boleh beli sayur-sayur fresh kat kebun ni..kebun ni takla sebesar kebun-kebun sayur kat cameron tu...tapi okla bagi penggemar sayur fresh


See....besar betul daun sayur ni...


Pengembaraan diteruskan....kali ni kita ke The Paddock..kat sini kita boleh tunggang kuda dan memanah...


Mula-mula masuk ampa akan nampak tempat memanah ni dulu....



Lepas tu baru nampak ni....heeee masa ni aku dah eksaited nak naik kuda....kuda tu pulak kiut miut


Ni harga tiket menunggang kuda...

Yeayyy dah dapat tiket...jom kita p naik kuda pulak....haaa...nampak tak muka eksaited aku tu...eheeee

 ampa nampak tak budak kat belakang aku tu....dia pun eksaited gak macam aku... hampir-hampir memotong giliran aku...mujur mak dia kata "wait for your turn"..good boy budak tu sebab dengar cakap...


Jom kita meronda bukit fraser....eh, takleh jalan jauh pusing dalam kandang je...uhukkkk

Lepas menunggang....kita ke tempat memanah pulak...

 Risau? takut? tak pandai? jangan risau...ampa akan diberi penerangan dulu sebelum memanah... yelah, kang salah panah ada yang cedera parah nanti kang...haaa sapo nak bertanggungjawab nanti...

Acecehhhh....gaya tu dah ada...kena ke tak kena tu belakang kira...hahaha

Selesai memanah kita pi cari makan pulak...Mr.D nak makan nasi berlauk..so, restaurant puncak menjadi pilihan kat situ...sebelum makan bayar dulu kat mak cik cashier tu...rm30 untuk 3 orang makan..air free...entah apa nasib kami hari tu nasi tu mentah..malas nak gaduh kami ratah lauk je...pastu p tapau burger kat kedai sebelah...sob..sob...

Haaa...nak seronokkan hati burger yang ditapau tadi kami bawa ke air terjun Jeriau.... boleh makan sambil tengok air terjun...best jugak...selera kami makan...hahaha

 Kat sini sesuai bawa budak kecik...ada buaian dan air pun cetek...

 Kat sini la air terjunnya....tapi ampa kena kuat stamina untuk turun dan panjat tangga yang bertingkek-tingkek tu ....aku lenguh kaki bila balik rumah...kat sini macam tak berapa sesuai untuk kanak-kanak...nampak tak lelaki yang berdiri kat situ...xdak penghadang...bahaya...huhu


Kat sini ok la kot....

Lepas solat zohor kat masjid...kami pun bergerak balik....

otw balik ampa akan jumpa jalan nak ke air terjun sungai Chiling yang fames amos tu...yela baru ni aku tengok tv masuk dalam carta top10 air terjun yang best kat Malaysia...kira fames la tu kan...ehee

Sampai sini dulu perjalanan untuk hari ni...jumpa lagi...bye!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI.... Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE... Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya... 12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM... beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Jalan-Jalan di Tanjung Dawai

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share story dengan ampa semua tentang apa yang menarik di Tanjung Dawai... 21 Oktober 2017 Sabtu Last day aku kat kampung sebelum bertolak balik ke KKB, sempat la bawa mak aku jalan-jalan di Tanjung Dawai. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Dawai ni.. Destinasi pertama adalah Jeti Tanjung Dawai Lepas shopping ikan bilis, ikan kering, belacan dan sebagainya kita jalan-jalan cari makan pulak...perut pun dah berkeroncong ni... Mee Udang Rumpun Mambu..tak jauh pun dari Jeti Tanjung Dawai tadi..dalam 2km jek.. kedudukan restaurant ini adalah di pinggiran pantai Tanjung Dawai. Nampak tak..mak aku dah eksaited tengok mee udang tu..masa ni dia tak tau lagi mee tu depa bubuh dalam belanga kikikiki lapaq pulak aku tengok gambaq ni...hadoii bila pulak nak balik ni... RM 15 sebelanga ni..puas hati sangat sebab udang besaq lagi fresh sedap pulak tu...merecik! Ma