Langkau ke kandungan utama

Fluffy Sakit Saraf

Assalammualaikum....bertemu lagi di entry aku yang ke-3 HIHIHI....

Kali ni aku nak story pasal kucing aku yang jatuh sakit secara tiba-tiba.. Kisah ni dah berlaku 3-4 bulan yang lepas, tapi aku tetap nak cerita jugak sebab tak banyak maklumat mengenai kucing yang sakit kat google. Manalah tau..kot-kot aku dapat membantu pencinta kucing mendapatkan maklumat, tak dapat tolong banyak tolong sikit-sikit pun jadi la kan...EHEEEE...

Al-kisahnya bermula masa bulan puasa hari tu...masa tu lagi 2 minggu nak raya...


12 jun 2016....fluffy balik dalam keadaan luka di belakang. kami syak dia bergaduh dengan kucing lain. Biasala...kucing jantan yang dah mula remaja ni kan..gaduh berebut awekkk ler tue...HMMMMM...

beberapa hari sejak luka, dia selalu termenung, nampak macam kemurungan, kurang bermain, hilang selera makan..masa ni kami dah syak ada sesuatu yang tak kena pada fluffy..sesuatu yang bukan hanya luka sahaja. Sebabnya lepas beberapa hari luka tu dah tertutup dan nampak macam dah lega. Jadi kami syak dia dah mula sembuh la kan.


26 jun 2016....Fluffy dah x boleh berjalan macam biasa lagi, tapi masih mampu pergi ke arah pasir untuk POO-POO. Masa ni kami bawa dia ke Veterinar Kuala kubu bharu. Setelah diperiksa, doc veterinar syak fluffy mengalami sakit saraf yang kronik. sebab masa tu keadaan dia memang sangat tidak bermaya. doc ada bagi beberapa jenis ubat seperti vitamin, ubat tahan sakit dan ubat antibiotik.Doc ada maklum untuk kami tidak terlalu berharap fluffy akan sembuh seperti sediakala. Peluang untuk fluffy pulih 50% sahaja. Dok juga tidak mengenakan sebarang bayaran kepada kami atas sebab kasihan pada fluffy.

Kami nekad untuk jaga fluffy sebaik mungkin. Kami belikan fluffy makanan basah dan lembut supaya mudah untuk dia makan. Kami juga bagi fluffy minum guna picagari(secara paksa). Sebabnya dia taknak minum air, sedangkan mengikut saranan doc veterinar dia perlu minum air yang banyak untuk pulih. Masa ni fluffy masih boleh bangun ke pasir untuk "membuang".

1 julai 2016....kami bawa fluffy ke veterinar lagi sekali, memandangkan ubat yang diambil sebelum ni menunjukkan perubahan yang baik pada fluffy kami berhasrat untuk mendapatkan stok ubat yang secukupnya untuk dibawa pulang ke kampung selama 2 minggu (seminggu Pahang, seminggu Kedah). Alhamdulillah dok dan staf di pejabat veterinar teruja jumpa fluffy lagi, lebih-lebih lagi bila tengok keadaan fluffy yang dah semakin pulih. Kami berjaya dapatkan stok ubat untuk fluffy.


2 julai 2016....kami bertolak balik ke Pahang dengan membawa fluffy bersama. Alhamdulillah fluffy tak banyak songeh dalam kereta. duduk diam je. Kami pakaikan fluffy pampers kucing yang dibeli di Pet Shop Batang Kali. 2-6 Julai beraya bersama fluffy di Pahang.


7 julai 2016...kami bertolak ke Kedah pula. 7-11 julai kami kat kedah.

Selepas balik dari beraya di kampung apa yang terjadi?....adakah Fluffy akan pulih dari sakit?....bersambung di entry seterusnya....



Ulasan

  1. kucing saya pn sakit saraf juga . macam mna nk paksa dia minum air ya sbb kucing ln selalu xsuka bila kita paksa dia minum mohon pencerahan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca

Jalan-Jalan di Tanjung Dawai

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Kali ni aku nak share story dengan ampa semua tentang apa yang menarik di Tanjung Dawai... 21 Oktober 2017 Sabtu Last day aku kat kampung sebelum bertolak balik ke KKB, sempat la bawa mak aku jalan-jalan di Tanjung Dawai. Jom tengok apa yang ada di Tanjung Dawai ni.. Destinasi pertama adalah Jeti Tanjung Dawai Lepas shopping ikan bilis, ikan kering, belacan dan sebagainya kita jalan-jalan cari makan pulak...perut pun dah berkeroncong ni... Mee Udang Rumpun Mambu..tak jauh pun dari Jeti Tanjung Dawai tadi..dalam 2km jek.. kedudukan restaurant ini adalah di pinggiran pantai Tanjung Dawai. Nampak tak..mak aku dah eksaited tengok mee udang tu..masa ni dia tak tau lagi mee tu depa bubuh dalam belanga kikikiki lapaq pulak aku tengok gambaq ni...hadoii bila pulak nak balik ni... RM 15 sebelanga ni..puas hati sangat sebab udang besaq lagi fresh sedap pulak tu...merecik! Ma