Langkau ke kandungan utama

Fluffy jumpa pakar kucing

Assalammualaikum....hai! bertemu lagi di entry yang ke-4

Sambungan kisah fluffy...

Balik dari kampung...keadaan fluffy bertambah buruk...makan minum pun dah taknak...

13 julai 2016....kami bawa fluffy ke veterinar yang sama sekali lagi...lepas diperiksa, fluffy diberi ubat sakit saraf yang baru restok.


18 julai 2016.... kami bawa fluffy ke veterinar KKB untuk ke sekian kalinya....kali ni doc kat veterinar suruh rujuk en.izzat di taman seruling. Kami terus ke rumah en.izzat yang terletak tidak jauh dari pusat veterinar. kebetulan, pada hari tersebut luka fluffy pecah di kawasan lain pulak.

Sampai je kat rumah en.izzat, terus kami bagi penerangan keadaan kesihatan fluffy. Sebenarnya en.izzat agak gerun tengok fluffy masa tu..yela, dah ler hitam melegam, mata kuning cam mata boya pulak tu...HIKHIK....Opss....terkutuk anak mummy pulak..

En.izzat periksa seluruh badan fluffy tiada tanda-tanda sakit saraf sebab ada tindak balas pada saraf fluffy....masa tu kami rasa agak lega mungkin ada harapan fluffy sembuh sepenuhnya...

En.izzat kikis bulu di sekitar luka dan membuang isi buruk di kawasan luka tu sekali...kemudian en.izzat spray dengan ubat anti serangga yang berwarna purple pada luka fluffy. En.Izzat sarankan beli spray tu kat farmasi (RM49.90 ). Lepas tu, fluffy disuntik dengan antibiotik.


Keadaan selepas dirawat oleh en.Izzat.... Alhamdulillah bersyukur dapat jumpa en.izzat, sangat pakar dan profesional merawat kucing. Servis en.izzat memang terbaik....korang yang ada masalah dengan kesihatan kucing boleh datang jumpa en.izzat ni...bayaran yang dikenakan pun tak mahal dalam RM30 je.


19 julai 2016....luka fluffy dah semakin sembuh...Alhamdulillah......



21 julai 2016....Fluffy dah boleh makan vet food sendiri


25 julai 2016....Fluffy dah x perlu pakai pampers lagi sebab fluffy dah boleh bangun ke tandas sendiri. Nampak tu...itula kali pertama fluffy boleh berdiri dengan tegak sejak jatuh sakit.



5 september 2016....fluffy sihat sepenuhnya, dah boleh lepak kat tempat fav dia (kerusi meja makan), dah boleh panjat kerusi, panjat sofa, panjat katil.....rasa seronok tak terkata bila dapat bantu fluffy pulih semula seperti sebelum-sebelum ini....Alhamdulillah terima kasih Allah.

Kini fluffy boleh bermain macam kucing-kucing yang lain....1 part je tak best, asyik minta nak keluar rumah je...kita ni bimbang keselamatan dia kat luar HMMMMM... boleh dipertimbangkan saranan en.izzat untuk "sunatkan" affyy.

Baiklah, sampai disini dulu, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya....Assalammualaikum...





Ulasan

  1. Awak pergi hospital veterina atau klinik veterina?

    BalasPadam
  2. Kucing saya sakit saraf jugak dan doktor kata dh sampai ke kepala,payah nak sembuh😢dh mcm2 cara cuba,makan ubat yg dr. bagi pun sama ja keadaan dy.Saya harap sgt dpt tgk dy berjalan satu hari nanti.

    BalasPadam
  3. Kucing saya pun same..risau saya ..sekarang ni asyik kejang je bdan dia..dah bawak g vet dah

    BalasPadam
  4. Boleh sy dpt kn alamat atau no tel en izzat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jalan-Jalan ke Sungai Besar Selangor

Bismillah.... Pagi sabtu baru-baru ni satu kuala kubu tak ada air...kawasan perumahan aku around 7am air kat sinki dah tak ada. Mujur ada tangki air di bilik mandi utama, jadi dapatla mandi pagi tu. Kami suami isteri decide untuk breakfast kat kedai je. Usai sarapan kami bersepakat ke Sungai Besar untuk jalan-jalan dan mencari lauk pauk segar dari laut. Lepas mengisi minyak sepenuhnya di Petronas, kami bergerak ke Sungai Besar dalam pukul 10am. Dari Kuala Kubu Bharu kami menuju ke arah Tanjung Malim. Kemudian. kami masuk ke simpang menuju ke Felda Gedangsa. Pastikan petrol diisi sepenuhnya kerana perjalanan melalui jalan ini agak jauh dari kawasan pekan. Kita akan melalui jalan yang dikiri dan kanan terdapat ladang pisang, ladang sawit sepanjang jalan. Jika bernasib baik akan jumpa geng monyet di tepi jalan. Boleh standby roti untuk bagi monyet-monyet tu makan. Seronok tengok gelagat monyet-monyet tu. Suasana jalan Setibanya di kawasan pekan dalam pukul 12tghr, kami menca...

Resipi Colek Buah

Resipi Colek Buah Ala Chumnan Maughong Sapa yang tak kenal chumnan maughong ni mai aku nak habaq..budak ni la yang rajin dok post video dia makan colek buah masam-masam versi Thailand tu. Habih semua orang berjeje ayaq lioq tengok video dia termasuklah aku. Aku tertarik dengan konsep letak bawang dalam colek dia tu. Lain dari yang lain sikit. Maka terhasillah colek buah versi budak chumnan bubuh bawang ni. Aku ni sebenaqnya bukan la penggemar bawang, tapi nak gak cuba makan sebab nampak sedap dok tengok dia makan tu. Ternyata sedap oii bubuh bawang rasa macam kita makan kerabu mangga. Not bad. Jom tengok resipi... Colek Buah Si Chumnan  Colek Buah aku  Colek Buah ala Chumnan Bahan-bahannnya : Asam jawa adabi Cili api belacan gula garam bawang besar Tumbuk gula, garam dan cili api dengan menggunakan lesung batu. Kemudian masukkan belacan dan asam jawa. Tumbuk rata kemudian rasa dengan lidah. Sekiranya pedas sangat masukkan gula untuk mengurangkan t...

Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin

Hasil Tangkapan Dari Sungai Besar Resipi Ketam Masak Planta Telur Masin Bahan-bahannya 4 ekor ketam bunga - bersihkan dan kerat dua 7 ulas bawang putih - dicincang halus 6 biji cili api - dipotong halus 4 tangkai daun kari 1/2 tin susu cair 2 sudu serbuk lada hitam 1 biji telur ayam tepung jagung (untuk disalut pada ketam) 4 sudu besar planta 2 biji telur masin Bahan-bahan Bahan utama Cara-caranya 1. Pecahkan telur ayam dan pukul sedikit. Kemudian celup ketam ke dalam telur dan salut dengan tepung jangung. Masukkan juga sedikit lada hitam pada ketam untuk memberikan rasa yang lebih umphhhh Sedia untuk digoreng Kemudian, goreng ketam hingga sedikit kekuningan.  Goreng macam ni haa... Tadaaaa...siap digoreng 2. Rebus telur masin dan keluarkan isinya. Asingkan telur kuning dan telur putih. Kemudian, cincang kecil-kecil. Telur masin yang telah direbus Telur masin kuning 3. Panaskan belanga kemudian ...