Assalammualaikum...
Percutian singkat aku bersama sepupu sepapat ke pulau lagenda Langkawi.
27 Ogos 2017
Ahad
Kami bertolak ke KLIA 2 dengan menaiki ERL dari Putrajaya Central. Charge parking di Putrajaya Central adalah sebanyak RM4 sehari. Tapi korang kena bertabah sikitlah cari parking macam aku jenuh memusing hari tu. So, digalakkan datang awal kalau korang nak parking sini ye. Kang ketinggalan flight pulak huhuhu.
Ni harga parking di KLIA2. Pandai-pandai la korang merancang nak park mana yer..
tempat parking Putrajaya Central |
Mesin Autopay |
Rupanya kat Putrajaya Central ni ada banyak lot kedai untuk makan. So, kalau nak sarapan kat sini pun boleh.
Oleh sebab AA dah syaratkan hanya beg saiz tertentu dengan berat tidak melebihi 7kg untuk sorang penumpang, maka kita ekjas beg bawa yang penting-penting sahaja yer..
Laki aku order makan dalam flight...makan tengahari katanya -_-! Kami berdua sebenarnya terbang ke Penang terlebih dahulu untuk menguruskan family di airport sana. Setelah itu, baru kami fly bersama ke Langkawi.
Group Penang mariii |
Group KL dan Johor |
28 Ogos 2017
Isnin
Kami bersarapan pagi di Restaurant Siti Fatimah yang terletak di Ulu Melaka. Kemudian terus menuju ke Cable Car.
Malamnya kami menikmati makan malam di Restaurant berdekatan Pantai Cenang
Selasa
Kami bersarapan di Restaurant Pak Malau.
Kemudian kami ke Haji Ismail Group (HIG) untuk aktiviti shopping.
Selesai shopping di HIG kami menuju ke Restaurant Kak Yan Nasi Campur untuk menikmati makan tengahari.
Selesai makan kami ke Dataran Lang dan sekitar Jetty. Cuaca sangat panas. digalakkan datang pada waktu petang.
Petangnya kami bertolak balik ke destinasi masing-masing. Sekian percutian singkat kami di Langkawi.
Ulasan
Catat Ulasan