Bismillah.....
Assalammualaikum pembaca blog sekalian!
Entry kali ini memaparkan percutian aku dan Mr.D ke Kundasang, Sabah. Short Vocay je...3 hari 2 malam... jadi la kan daripada tak dapat langsung....
Jom layan apa ada di Kundasang...
Day 1
25 Feb 2017 (Sabtu)
Kami tiba di Kota Kinabalu International Airport lebih kurang pada pukul 1.15 petang. Sampai je di sana kami terus mendapatkan kereta sewa yang ditempah sebelum ini menerusi kereta sewa sahabat. Kereta myvi auto warna hitam menjadi pilihan kami dengan kadar bayaran sebanyak RM 100 untuk sehari. First tempat yang dituju adalah tempat makan....of course! time tengahari kot perut dah berkeroncong bagai....so, tempat makan yang berdekatan dan agak fofular adalah Anjung Perdana di Tanjung Aru. kedai makan ni hanya terletak di belakang Airport KK sahaja.
Terdapat banyak kedai makan kat dalam tu...yang popular adalah kelapa bakar dan kepak ayam bakar disini. kedai menghadap pantai dan laut. Oleh sebab masa tu tengahari dan sabah agak terkenal dengan makanan laut, kami amik keputusan makan makanan berat. Lagipun jauh lagi perjalanan nak ke Kundasang.
Perasaan eksaited, gembira bertukar duka apabila makanan sampai. Apa yang di order hanyalah Indah khabar dari rupa. Sobssssss..... aku order nasi putih dengan butter prawn. yang sampai nasi goreng udang ni. Hmmm....dah la rupa buruk rasa pun tak sedap weiii tawaq hebiaq orang kedah kata....putussss selera
Selepas menempuh perjalanan selama hampir 3 jam, Alhamdulillah kami akhirnya tiba di Mount Kinabalu Heritage untuk check-in bilik pada pukul 5.30 petang.
Assalammualaikum pembaca blog sekalian!
Entry kali ini memaparkan percutian aku dan Mr.D ke Kundasang, Sabah. Short Vocay je...3 hari 2 malam... jadi la kan daripada tak dapat langsung....
Jom layan apa ada di Kundasang...
Day 1
25 Feb 2017 (Sabtu)
Kami tiba di Kota Kinabalu International Airport lebih kurang pada pukul 1.15 petang. Sampai je di sana kami terus mendapatkan kereta sewa yang ditempah sebelum ini menerusi kereta sewa sahabat. Kereta myvi auto warna hitam menjadi pilihan kami dengan kadar bayaran sebanyak RM 100 untuk sehari. First tempat yang dituju adalah tempat makan....of course! time tengahari kot perut dah berkeroncong bagai....so, tempat makan yang berdekatan dan agak fofular adalah Anjung Perdana di Tanjung Aru. kedai makan ni hanya terletak di belakang Airport KK sahaja.
Depan kedai makan tersebut |
Antara kedai makan didalam Anjung Perdana...
kedai no.3 |
Kami ambik keputusan order makan di kedai no.3 ni sahaja memandangkan menu di kebanyakkan kedai adalah lebih kurang sama sahaja...
nasi yang mendukacitakan |
Perasaan eksaited, gembira bertukar duka apabila makanan sampai. Apa yang di order hanyalah Indah khabar dari rupa. Sobssssss..... aku order nasi putih dengan butter prawn. yang sampai nasi goreng udang ni. Hmmm....dah la rupa buruk rasa pun tak sedap weiii tawaq hebiaq orang kedah kata....putussss selera
Mr.D pulak order nasi goreng paprik...pun sama tak sedap. tak ada rasa langsung. Sah kedai no.3 ni kena boikot dengan kami laki bini lepas ni.
senyum dalam tangisan |
Selepas makan kami terus bergerak ke Kundasang sekitar pukul 2.30 petang. Sepanjang perjalanan hujan agak lebat terutama di sekitar bukit. Sepanjang perjalanan akan ada beberapa buah gerai menjual sinalau bakas. Jangan berhenti dan p tengok pulak tau sebab tu gerai menjual Bab1 salai.
keadaan jalan bengkang bengkok |
hujan lebat |
Selepas menempuh perjalanan selama hampir 3 jam, Alhamdulillah kami akhirnya tiba di Mount Kinabalu Heritage untuk check-in bilik pada pukul 5.30 petang.
Lupa nak bergambar depan Mount Kinabalu Heritage... sempat snap gambar depan chalet kami sahaja...huhuhu sejuk sangat sampai lupa! masa tu yang diingati hanyalah nak solat jama' dan berselimut. hehe....
keadaan luar bilik |
Keadaan yang sejuk membuatkan perut menjadi lapar. Kami ambil keputusan untuk keluar mencari makanan di pekan kundasang. Oleh sebab masih trauma dengan makanan tengahari tadi, kami bedal KFC je malam tu. Makan kepci dalam cuaca sejuk nikmat woooo...
Masa makan di KFC kami terserempak pulak dengan boss lama iaitu ustaz Bakri. Tak sempat berbual lama kerana beliau bersama kawan-kawan yang lain.
Lepas makan mata pun dah mengantuk...apa lagi??? Tidooooo
Ulasan
Catat Ulasan