Assalammualaikum......
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2017.... sekejap je masa berlalu... bulan Disember merupakan bulan yang agak sibuk sampai tak sempat nak update blog. Target aku nak buat 5 entri dalam sebulan tak dapat dicapai pada bulan Disember huhuhu....
Apa yang aku buat dalam bulan Disember?
1. Aku kena uruskan visa beberapa orang pelajar luar negara. Masa nih ada 5 pelajar luar negara yang expired visa pada minggu yang berbeza. Haaa...nampak tak kesibukkan aku kat situ. Nasib ada AJK luar negara yang membantu.
2. Aku kena uruskan urusan kereta 2 orang adik aku. yang sorang sibuk nak cari kereta, al-maklum la dah ada lesen memandu. ditambah pulak dengan sokongan moral mak aku kat dia bertambah lagi semangat dok push aku cari kereta kat dia. haaa...yang sorang lagi tu pulak bank dok suruh buat bayaran yang tertunggak 2 bulan. Lagi sadis nak hubungi dia punya la susah. sibuk dah macam menteri. Nasibla kalau dah jadi penjamin...tak dapat yang membuat pinjaman yang menjamin la jadi mangsa. Silap haribulan mau kena blacklist weiii....sob...sob...nasib adik sendiri kalau orang lain tak kebulur aku jadi penjamin nih...
3. Kemaskini penempatan pelajar di asrama sempena kemasukkan pelajar baru Program Persijilan. Kerja aku buat laporan kerosakkan bilik-bilik pelajar baru dan menyenaraikan keperluan sempena kemasukkan mereka ke bilik-bilik tersebut.
4. Hujung bulan pulak balik ke kampung uruskan pembelian kereta adik aku yang bongsu tu. Alhamdulillah jumpa kereta yang agak bagus dalam lingkungan bajet mak aku. Kasihnya ibu..... harap-harap adik aku ingat jasa mak hingga akhir hayat. Kereta apa yang jadi pilihan? Hyundai Atos Auto tahun 2002 harga RM 9500. Mahal? harap-harap berbaloi pembelian ini.
Sekian sahaja aduan aku mengenai bulan Disember yang lalu...harap-harap tahun ini membawa seribu kemanisan makna dalam hidup kita semua. Amin...
Terima kasih kerana sudi membaca. bye!

Ulasan
Catat Ulasan