Assalammualaikum.....salam sejahtera semua... pejam celik pejam celik dah masuk bulan November, rasa sat sangat masa berlalu...
Pada 1 Nov yang lalu kita dikejutkan dengan kenaikkan harga petrol dan minyak masak di Malaysia. Di media-media sosial ramai yang mengeluh dengan pelbagai bebanan kos sara diri. Hmmmmm apa boleh buat, sebagai rakyat biasa kita terpaksa akur dalam terpaksa...huhuhu
Hari ni takmau stress dengan topik kenaikkan harga minyak...kita anggap ni sebagai satu dugaan dan hadapi dengan tabah la naaa....Be Strong Rakyat Malaysia!
Ok, nak cerita baru-baru ni Mr.D outstation ke Sg. Besor, dibelinya beberapa haiwan lautan yang fresh-fresh...oiiii hati ini terus berbunga-bunga girang tengok haiwan-haiwan tersebut. Mau taknya... asyik makan yang dah terkulai layu je...sesekali dapat yang segar bugar gumbira la weiii...
Tengok la ni....fresh kan...
Gambar ketam tu aku ambik 2 keping gambar sebab nak maklum kat ampa yang ketam tu adalah ketam betina. Macam mana nak tau ketam tu betina ka dak...dengan melihat lengkungan di bawah perut ketam tu berbentuk separa bulatan seperti gambar di atas.
Manakala ketam jantan lengkungan bawah perut berbentuk piramid tirus. Tujuan nak bagitau jantina ketam tu sebab ketam betina isi lebih banyak berbanding ketam jantan. Makanya belilah ketam betina untuk rasa isi ketam yang lebih banyak..eheee
Aku pun sebenarnya baru tau tentang info ketam ni sejak beberapa bulan yang lalu...Sejak balik ke kampung melawat mak sakit (demam + batuk). Ramai yang bagi petua sup ketam bagus untuk melegakan demam. Jadi aku pun ke pasar kuala ketil mencari ketam. Punya la semangat nak mak aku cepat sembuh aku cari ketam yang paling besar untuk buat sup. Lepas buat sup hampeh ketam je besar isi tak banyak pun....huhuhu lepas tu baru la dapat tau cara-cara nak pilih ketam yang banyak isi ni.
Sejak dapat tau info ni, Mr.D pantang nampak ketam gemuk mesti nak dibeleknya jantina ketam tu. Kalau jumpa yang menepati selera terus dibelinya. hahaha.. hasil daripada beberapa kali memasak ternyata ketam betina memang banyak isi.
Walaupun dah beberapa kali memasak ketam, menu yang selalu dimasak adalah ketam masak cili sahaja. Mr.D request yang tu ja...walaupun aku sebenarnya teringin nak masak menu lain pula.
Resipi Ketam Masak Cili
Bahan-bahannya :
2 ekor ketam
3 sudu minyak jagung
10 biji cili kering } dikisar
1 biji bawang besar } dikisar
3 ulas bawang putih } dikisar
1 sudu besar air asam jawa
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
Cara membuatnya :
Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan cili yang telah dikisar. kacau sehingga cili masak. kemudian masukkan air asam jawa. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam serta gula.
Kemudian, masukkan ketam yang telah disiang. setelah ketam bertukar kemerahan masukkan telur yang telah di pukul.
Kacau hingga sekata dan siap.
Tadaaa....sedap dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!

ikan kembung |
sotong |
ketam |
ketam betina |

ketam jantan sumber google |

Ketam Masak Cili |
Tadaaa....sedap dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba!
kadang2 masak simple jer tp terasa nikmatnya :)
BalasPadamBetul-betul-betul...heee tq komen
BalasPadam