Assalammualaikum....
Kali ni nak kongsi dengan korang semua cara-cara mengatasi masalah lambakan kucing di dalam bangunan khususnya bangunan asrama. Sebenarnya masalah kucing di tempat aku ni dah bertahun lamanya berlaku...bukan kita tak sayang kucing tapi bila dah terlalu banyak kencing dan berak merata-rata siapa yang boleh tahan kan...sampai mak cik cleaner pun dah berbau kencing kucing. kesian dorang... -__-!
Masalah lambakan kucing di tempat aku ni dah sampai tahap kronik, dimana telah menyebabkan kerosakan pada harta benda penghuni seperti kasut yang diletak depan pintu bilik, pakaian yang dijemur atas ampaian, karpet-karpet surau, telekung yang diletak di surau dan macam-macam lagi la...tu belum termasuk cerita di tandas dan bilik mandi lagi...bayangkan pepagi hang masuk tandas nak gosok gigi kat sinki nampak selonggok "taikuncing"kat dalam sinki tu. Choiiii...memang spoil la mood pagi tu kan...
Sebenarnya dah pelbagai cara kami cuba buat untuk menangani masalah kucing ni..termasuklah operasi menangkap dan membuang kucing di pasar. Tapi, cara ni hanya berkesan untuk jangka masa yang pendek sebabnya kucing-kucing di asrama membiak dengan pantasnya. Ada juga kami praktikkan petua-petua seperti menyembur air semburan serai di kawasan koridor dengan harapan bau serai tersebut tidak disukai oleh kucing. namun hampa....huhuhu. Kami juga menyusun botol-botol mineral di sepanjang kawan koridor bagi menakut-nakutkan kucing. Cara ni hanya berkesan untuk beberapa hari sahaja kemudian, kucing dah berani kencing kat botol tu. Sadis kan...
Baru-baru ni terfikir idea memasang jaring pada pintu grill yang terdapat di setiap aras bawah kawasan asrama macam gambar di bawah ni...
Harap-harap berkesan untuk mengurangkan jumlah kucing yang bebas keluar masuk ke dalam kawasan bilik pelajar. Apapun usaha ini tidak akan berkesan jika tiada kerjasama daripada penghuni untuk menutup kembali pintu grill semasa keluar masuk ke kawasan asrama.
Apa yang penting kerjasama!
Nota : aku hanya penjaga asrama bukan penghuni asrama.
Ulasan
Catat Ulasan