5 September 2017 Selasa Last day di Ho Chi Minh...pagi ni kami boleh rileks sikit sebab dah tak ada aktiviti jauh. Kami dibekalkan sarapan di dalam bilik masing-masing. Selesai makan kami ke Benh Tanh market untuk beli bag sebab kapasiti beg yang ada tidak muat huhu... Kami berkumpul di lobi hotel pada pukul 10 pagi untuk ke airport Saigon. Flight kami ke KLIA dijadualkan pada pukul 12.30 tengahari. Done check in Bye bye Ho Chi Minh... Kelaparan...order lasagna lagi... Alhamdulillah sampai KLIA...perjalanan lebih kurang 2 jam Tips kalau nak ke vietnam : 1. Bawa universal charger siap2 kalau takmau kelam kabut cari socket. 2. Nak memandu disana? tak digalakkan sebab dorang guna sistem eropah memandu di sebelah kiri. Lagipun cara pemanduan mereka sangat menyeramkan bagi aku. Melainkan korang tak sayang nyawa silakan memandu di sana. hehe 3. Tak perlu tukar ke mata wang dorang iaitu Dong. Sebab kita lebih mudah membeli belah menggunakan RM....
ikasukabebel.blogspot.com